Pillgrimage

Life's A Pill - Just Swallow It!

 
About Me

Name: Josephine
Home: Segamat, Johore, Malaysia
About Me: One word... WEIRD!
See my complete profile
UNDER CONSTRUCTION
this blog's layout is currently under construction
Tag Bahasa Malaysia
Tuesday, June 17, 2008
*Rasa macam nak kibarkan bendera je~!*


Walaupun tak kena tag betul-betul, tapi saya anggap saya kena tag oleh Ernest sebab dia kata dia nak tag semua dalam senarainya.. (Padahal saya tengah rasa bosan giler sebab kawan-kawan semua dah balik rumah masing-masing lepas kunjungi saya dan tinggal kat Segamat selama 3 hari... dan sebab saya tak pernah tulis blog dalam BM)

7 fakta tentang saya
  1. Fasih dan pelat bertutur dalam bahasa kebangsaan
  2. Gred A1 untuk BM tahap SPM
  3. Bila bercakap kat telefon, orang ingat saya budak Melayu
  4. Sekarang BM saya dah merosot sikit tetapi masih mengkagumkan
  5. Saya suka memuji diri sendiri (cukup ketara bukan?)
  6. Saya telah merujuk kamus yang dah lama saya tak sentuh untuk menterjemahkan perkataan "praise" dan "obvious"
  7. Saya jugak merujuk kamus yang sama dengan yang atas untuk menterjemahkan perkataan "translate" (LOL = KKK - ketawa kuat-kuat)

    Ni hah kamus saya! Sengaja scan lagi tu!

7 perkara yang menakutkan saya
  1. Mendaki gunung atau tempat-tempat tinggi yang bukan dikelilingi dinding konkrit
  2. Berjalan di luar semasa kilat
  3. Memandu seorang diri selepas tengah malam
  4. Tayar pancit semasa saya seorang diri dalam kereta
  5. Makan di tempat yang kotor
  6. Berjalan di tempat-tempat yang terlalu sesak (pengalaman pahit nak mampus)
  7. Mati seorang dara *buat muka bodoh*
7 lagu buat sekarang
  1. Cinta Selamanya (Forever Love) - Wang Lee Hom
  2. Budak Lelaki Amerika Syarikat (American Boy) - Estelle dengan Kanye West
  3. Rayakan Kepulanganku (Celebrate Me Home) - Ruben Studdard
  4. Bila Kau Pandang Mataku (When You Look Me In The Eyes) - Adik-beradik Jonas
  5. Lepaskankau (Over you) - Daughtry
  6. Cintamu Tipu (Your Love Is A Lie) - Rancangan Senang (Simple Plan)
  7. Silakan Tunduk (Take A Bow) - Rihanna
(Sekarang ni, takde la pulak lagu Melayu yang saya tengah berkenan)



7 perkara yang saya selalu sebut
  1. Kanasai (KKK)
  2. LOL atau KKK untuk post kali ini
  3. Stoooopid idiot!
  4. Giler babi sial! (Ini Jennifer Kua punya pasal la!)
  5. Seriously?
  6. Yau mo kau chor ar??
  7. Ish!
7 perkara yang amat bernilai
  1. Tuhan
  2. Keluarga
  3. Rakan-rakan seperjuangan
  4. Rakan-rakan bukan seperjuangan
  5. Maruah diri
  6. Buat masa ini, kesucianku *Senyum dengan mata sepet*
  7. Hadiah-hadiah dan kad-kad yang saya telah terima sepanjang hidup saya ini
7 pertama kali dalam hidup saya (Dan saya bersetuju 100% dengan saudara Ernest)
  1. Hampir mati kat Jalan Bentong-KL selepas pertama kali kunjungi Bukit Tinggi
  2. Tinggal serumah dengan budak-budak lelaki lebih daripada 3 hari (KKK)
  3. Melancong ke luar negara kecuali Singapura dengan kawan-kawan
  4. Memperolehi cop negara lain kecuali Singapura dalam pasport
  5. Kena langgar kat negara asing - dua kali berturut-turut
  6. Mengalami kesukaran dalam melepaskan tangan
  7. Cuba perkara-perkara pelik dan AGAK liar *Senyum tersengih-sengih*
Saudara Ernest yang lukis - klik gambar tu untuk baca postnya

7 orang bertuah yang ingin mencuba nasib mencabar Melayu saya
  1. Saudari Jivanti - BM dia memang hebat giler, tapi tak sehebat saya punya lah! (KKK)
  2. Saudara Kiat Wei - entah dia boleh tulis blog dalam BM ke tak...
  3. Saudara Sek Kuan - pasti seronok dibaca
  4. Saudari Lilian - sekarang tengah kerja dengan suratkhabar Inggeris.. Entahlah BM dia macam mana..
  5. Saudari Chia Ling - dah setahun kat UK dan kat IMU pun tak cakap BM..
  6. Saudara Nithiya - budak ni baru je mulakan blog baru.. Kenalah bagi dia benda untuk blog!
  7. Saudara Alan - saja nak kenakan dia walaupun saya tahu dia takkan buat nyer..
Alah~ sesiapa yang nak buat, buat je la! Senang cerita kan?

*Susah giler nak blog dalam BM siot!!!! Foosh!!*

Labels:

posted by Josephine @ 5:52 pm  
5 Comments:
  • At 7:14 pm, Blogger Nithiyaraj said…

    tag in BM ?! *dies*

     
  • At 10:35 pm, Blogger Kiwi-Bird said…

    Wow kelakarla! wahahaha!

    First, is the Msian flag!

    Second, apalah takut mati seorang dara? wahahaha!

    Hahahaha! I cannot tahan =P

     
  • At 12:16 am, Blogger Josephine said…

    [nithiya] ish senang je.. kamus yang dah berhabuk tu keluarkan le! hehe

    [kiwi-bird] post ni buat i patriotik giler la.. dan takde orang nak so i takut sikit le... hahaha!

     
  • At 2:11 am, Anonymous Anonymous said…

    mati seorang anak dara, then on the tombstone we could write "returned unopen" for your epitaph.

     
  • At 12:17 pm, Blogger Josephine said…

    LOL!!!!! ceeeeeeeeeeba-e!! XD

    but you know, technically speaking, no one dies a virgin coz life screws us up!

    that's not original btw.. read it from somewhere *grins*

     
Post a Comment
<< Home
 
Previous Post
Archives
When I'm Too Free..
Let's Chat~!
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2006 Pillgrimage .Template by Isnaini Dot Com